Sejarahitu dipimpin olehNya menuju suatu tujuan. Nas Keluaran mengenai penyataan nama Tuhan itu mengandung bibit segala keterangan yang kemudian masih diberikan Allah bdk Wah 1:8 yang ada dan yang sudah ada dan yang akan datang. Yang Mahakuasa; Yoh 8:24 +; Wah 1:4 +; Yes 42:8 +. Ende -> Kel 3:14. Ende: Kel 3:14. Itusuatu musibah dan aib besar, suatu perasaan malu yang luar biasa. Tetapi melalui Musa Tuhan berkata kepada Harun: "Janganlah bersedih akan kematian mereka, tetapi bersedihlah karena dosa mereka." (Im 10 :6 dst). inilah pertama kalinya Alkitab dengan tajam membedakan antara kesedihan yang kudus dan kesedihan yang tidak kudus. Termasukmelalui mujizat penyembuhan bagi dua orang sakit, dalam perikop bacaan kita pada hari ini. Pertama: kisah seorang ibu yang anaknya kerasukan roh jahat dan kedua kisah penyembuhan seorang yang tuli dan gagap. Melalui kedua kisah penyembuhan itu nyata bahwa Tuhan Yesus tidak membeda-bedakan orang. Janganlupa like komen dan subs untuk terus menonton video2 menarik dan viral.. . terima kasih Tetapiapakah yang menggerakkan-Nya untuk menggunakan kuasa-Nya? 14 Tuhan menggunakan kuasa-Nya untuk melaksanakan kehendak-Nya, seperti menciptakan, memusnahkan, melindungi, dan memulihkan. (Yesaya 46:10) Kadangkala, Dia juga menggunakan kuasa-Nya untuk menyingkapkan aspek-aspek penting tentang keperibadian-Nya dan piawaian-Nya. Yang terpenting, Dia menggunakan kuasa-Nya untuk menegakkan kedaulatan-Nya dan menyucikan nama-Nya menerusi Kerajaan Mesias. KisahRasul-rasul bisa dibagi dalam tiga bagian. Di dalam ketiga bagian itu nampak meluasnya wilayah di mana Kabar Baik tentang Yesus disiarkan dan gereja didirikan: (1) permulaan pergerakan Kristen di Yerusalem setelah Yesus terangkat naik ke surga; (2) perluasan ke daerah-daerah lain di Palestina; dan. ukz0eG. 1, 2. Apakah hal-hal menakjubkan yang pernah dilihat oleh Elia? Tetapi apakah kejadian yang lebih menakjubkan yang disaksikannya di sebuah gua di Gunung Horeb? ELIA pernah melihat hal-hal yang menakjubkan. Dia melihat burung gagak membawa makanan kepadanya dua kali sehari. Dia juga melihat dua buah bekas berisi tepung dan minyak yang tidak pernah habis sepanjang masa kebuluran. Dia bahkan melihat api turun dari langit setelah dia berdoa. 1 Raja-Raja, bab 17, 18 Biarpun begitu, Elia masih tidak pernah melihat kejadian yang berikutnya. 2 Seraya dia berdiri di mulut sebuah gua di Gunung Horeb, dia menyaksikan beberapa kejadian yang menakjubkan. Mula-mulanya, angin ribut yang kencang bertiup sehingga gunung-gunung terbelah dan bukit-bukit batu dipecahkan. Kemudian gempa bumi yang kuat berlaku sehingga tanah merekah. Selepas itu, api datang dan membakar kawasan di sekelilingnya.​—1 Raja-Raja 198-12. 3. Apakah sifat Tuhan yang terserlah melalui semua kejadian menakjubkan yang disaksikan oleh Elia? Di manakah kita dapat melihat bukti tentang sifat ini? 3 Semua kejadian menakjubkan yang disaksikan oleh Elia bertujuan untuk menunjukkan kuasa Yehuwa. Tetapi kita tidak perlu menyaksikan semua mukjizat sebegini untuk sedar bahawa Yehuwa amat berkuasa. Kita dapat menyaksikan “kuasa-Nya yang kekal dan kedudukan-Nya sebagai Tuhan” melalui ciptaan-Nya. Roma 120 Fikirkanlah kilat yang sambar-menyambar, guruh yang mengguntur, air terjun yang megah, dan langit malam yang bertatahkan bintang. Tidakkah semua kejadian alam ini membuktikan bahawa Tuhan amat berkuasa? Malangnya, banyak orang tidak mengakui kuasa Tuhan dan mereka langsung tidak menghormati-Nya. Tetapi jika kita ingin menghampiri Yehuwa, kita perlu berusaha untuk belajar tentang-Nya. Dalam bahagian ini, kita akan belajar tentang kuasa Yehuwa dengan lebih mendalam. “Yehuwa lalu di hadapan Elia” Sifat Yehuwa yang Penting 4, 5. a Bagaimanakah nama Yehuwa digambarkan? b Mengapakah lembu ialah binatang yang sesuai untuk melambangkan kuasa Yehuwa? 4 Yehuwa amat berkuasa. Yeremia 106 menyatakan, “Ya Yehuwa, tiada sesiapa pun yang seperti Engkau. Engkau sungguh perkasa, dan nama-Mu agung dan berkuasa.” Ayat ini menggambarkan bahawa nama Tuhan agung dan berkuasa. Apakah maksudnya? Ingatlah bahawa nama Tuhan bererti “Dia Menyebabkan Menjadi.” Dia menciptakan segala sesuatu dan dapat menjadi apa sahaja yang diinginkan-Nya kerana Dia berkuasa. Tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dapat menghalang-Nya. Ya, kuasa ialah salah satu sifat Yehuwa yang penting. 5 Yehuwa menggunakan perumpamaan untuk membantu kita memahami betapa besar kuasa-Nya. Seperti yang telah dibincangkan, Dia menggunakan lembu untuk melambangkan kuasa-Nya. Yehezkiel 14-10 Lembu amat sesuai untuk melambangkan kuasa-Nya kerana binatang ini amat besar dan kuat. Inilah salah satu binatang terkuat yang pernah dijumpai di Palestin pada zaman Bible. Tetapi, terdapat satu lagi jenis lembu yang lebih kuat, iaitu lembu jantan liar atau aurochs, yang sudah pupus dewasa ini. Ayub 399-12 Pemerintah Roma Julius Caesar pernah berkata bahawa saiz seekor lembu jantan liar lebih kurang sama dengan saiz seekor gajah. Dia menulis, “Binatang ini sangat kuat dan sangat pantas.” Bayangkanlah betapa kecil dan lemahnya kita jika dibandingkan dengan binatang ini! 6. Mengapakah Yehuwa layak dipanggil “Yang Maha Kuasa”? 6 Manusia juga amat kecil dan lemah jika dibandingkan dengan Yehuwa. Di mata-Nya, bangsa-bangsa seperti lapisan debu di atas neraca. Yesaya 4015 Yehuwa “sangat berkuasa dan amat bertenaga.” Yesaya 4026 Hanya Dia yang layak dipanggil “Yang Maha Kuasa” a kerana Dia mempunyai kuasa yang tidak terbatas. Wahyu 153 Kuasa-Nya melimpah, dan Dia tidak perlu bergantung pada apa-apa pun untuk mendapatkan kuasa kerana “kuasa berasal daripada-Nya.” Mazmur 6211 Tetapi bagaimanakah Yehuwa menggunakan kuasa-Nya? Bagaimana Yehuwa Menggunakan Kuasa-Nya 7. Apakah itu kuasa suci Yehuwa? Apakah yang dimaksudkan oleh perkataan Ibrani dan Yunani asalnya? 7 Kuasa suci Tuhan tidak terbatas dan merupakan daya aktif yang digunakan oleh Tuhan untuk melaksanakan kehendak-Nya. Kejadian 12 Perkataan Ibrani dan Yunani kuno yang diterjemahkan sebagai “kuasa” juga boleh diterjemahkan sebagai “angin,” “nafas,” atau “hembusan.” Menurut pakar bahasa, perkataan itu juga boleh membawa erti daya dinamik yang tidak kelihatan. Sepertimana kita tidak dapat melihat angin, kita tidak dapat melihat kuasa suci Tuhan, tetapi kita dapat merasai kesannya. 8. Bible menggambarkan kuasa suci Tuhan sebagai apa? Mengapakah gambaran sedemikian tepat? 8 Yehuwa menggunakan kuasa suci-Nya untuk melaksanakan apa-apa sahaja yang diingini-Nya. Itulah sebabnya Bible menggambarkan kuasa suci Tuhan sebagai jari-Nya,’ dan tangan-Nya yang kuat dan perkasa.’ Lukas 1120, nota kaki; Ulangan 515; Mazmur 83 Sepertimana seseorang menggunakan tangannya untuk melakukan pelbagai jenis kerja, Tuhan juga menggunakan kuasa suci-Nya untuk melakukan apa-apa sahaja, seperti menciptakan atom yang kecil, membelah air Laut Merah, atau memberi orang Kristian abad pertama keupayaan untuk bercakap dalam bahasa asing. 9. Seberapa besarkah kuasa pemerintahan Yehuwa? 9 Yehuwa juga menggunakan kuasa-Nya untuk memerintah sebagai Raja Yang Berdaulat. Dia mempunyai jutaan rakyat yang sudi menjalankan perintah-Nya. Dia mempunyai hamba manusia, yang biasanya digambarkan sebagai angkatan tentera dalam Bible. Mazmur 6811; 1103 Tetapi jika dibandingkan dengan malaikat, manusia memang makhluk yang lemah. Contohnya, satu malaikat telah membunuh sebanyak 185,000 orang askar Assyria dalam satu malam sahaja! 2 Raja-Raja 1935 Malaikat-malaikat Tuhan memang “kuat dan perkasa.”​—Mazmur 10319, 20. 10. a Mengapakah Yehuwa dipanggil sebagai “ketua angkatan syurga”? b Siapakah ciptaan Yehuwa yang paling berkuasa? 10 Berapakah jumlah malaikat? Dalam penglihatannya, Daniel telah melihat lebih daripada 100 juta makhluk roh di hadapan takhta Yehuwa di syurga. Tetapi Bible tidak memberitahu kita bahawa Daniel telah melihat semua malaikat yang diciptakan oleh Yehuwa. Daniel 710 Maka Yehuwa mungkin mempunyai ratusan juta malaikat. Lagipun Yehuwa dipanggil sebagai “ketua angkatan syurga.” Gelaran ini menunjukkan bahawa Dia mengetuai pasukan tentera malaikat yang amat besar dan teratur. Dia juga telah melantik Anak-Nya sebagai ketua malaikat. Selaku “anak sulung antara semua ciptaan,” Yesus berkuasa atas semua malaikat dan merupakan ciptaan Yehuwa yang paling berkuasa.—Kolose 115. 11, 12. a Mengapakah kita dapat mengatakan bahawa firman Tuhan berkuasa? b Apakah kata-kata Yesus berkenaan kuasa Yehuwa? 11 Satu lagi cara kita dapat melihat kuasa Yehuwa ialah melalui firman-Nya. Ibrani 412 menyatakan, Firman Tuhan itu hidup dan berkuasa.’ Firman-Nya dapat menguatkan kita, membina iman kita, dan membantu kita membuat perubahan yang besar. Bagaimana? Paulus menyatakan bahawa orang yang dahulunya pernah melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral telah berubah setelah mempelajari firman Tuhan. 1 Korintus 69-11 Ya, “firman Tuhan” telah menguatkan mereka dan membantu mereka untuk berubah. 12 Yesus berkata, “Tidak ada apa-apa yang mustahil bagi Tuhan.” Matius 1926 Ya, Yehuwa amat berkuasa sehingga tiada apa-apa pun yang dapat menghalang kehendak-Nya. Kuasa Yehuwa dan Kehendak-Nya 13, 14. a Mengapakah kita boleh mengatakan bahawa Yehuwa bukanlah sekadar sumber kuasa? b Bagaimanakah Yehuwa menggunakan kuasa-Nya? 13 Kuasa suci Yehuwa jauh lebih hebat daripada mana-mana daya fizikal. Tetapi Yehuwa bukanlah sekadar sumber kuasa. Dia ialah Individu yang betul-betul wujud dan dapat mengawal kuasa-Nya dengan sempurna. Tetapi apakah yang menggerakkan-Nya untuk menggunakan kuasa-Nya? 14 Tuhan menggunakan kuasa-Nya untuk melaksanakan kehendak-Nya, seperti menciptakan, memusnahkan, melindungi, dan memulihkan. Yesaya 4610 Kadangkala, Dia juga menggunakan kuasa-Nya untuk menyingkapkan aspek-aspek penting tentang keperibadian-Nya dan piawaian-Nya. Yang terpenting, Dia menggunakan kuasa-Nya untuk menyucikan nama-Nya menerusi Kerajaan Mesias. Dengan itu, Dia membuktikan bahawa pemerintahan-Nya adalah yang terbaik. Tiada apa-apa yang dapat menghalang kehendak-Nya itu daripada menjadi kenyataan. 15. Bagaimanakah Yehuwa menggunakan kuasa-Nya untuk membantu kita? Bagaimanakah hal ini diperlihatkan dalam kisah Elia? 15 Yehuwa juga menggunakan kuasa-Nya untuk membantu kita. Ayat di 2 Tawarikh 169 menyatakan, “Yehuwa sentiasa mengawasi seluruh bumi untuk mencari orang yang menyembah-Nya dengan sepenuh hati agar Dia dapat menunjukkan kekuatan-Nya kepada mereka.” Hal ini dibuktikan melalui pengalaman Elia. Mengapakah Yehuwa menunjukkan kuasa-Nya kepada Elia? Elia berasa takut dan melarikan diri setelah Permaisuri Izebel bersumpah bahawa dia akan membunuh Elia. Pada waktu itu, Elia berasa keseorangan dan tawar hati. Maka Yehuwa mengingatkan Elia tentang kehebatan kuasa-Nya dengan mendatangkan angin ribut, gempa bumi, dan api. Semua ini menunjukkan bahawa Yehuwa ialah Individu yang paling berkuasa di seluruh alam semesta. Jadi jika Yehuwa berada di pihak Elia, apakah yang dapat dilakukan oleh Izebel terhadapnya?​—1 Raja-Raja 191-12. b 16. Mengapakah kita patut bersyukur untuk mengetahui bahawa kuasa Yehuwa tidak terbatas? 16 Meskipun Yehuwa tidak lagi melakukan mukjizat sebegitu pada zaman kita, sifat-sifat-Nya tidak berubah. 1 Korintus 138 Dia tetap bersedia untuk menggunakan kuasa-Nya demi penyembah-Nya. Biarpun Dia tinggal di syurga, Bible menyatakan bahawa “Yehuwa dekat kepada semua orang yang berseru kepada-Nya.” Mazmur 14518 Kuasa-Nya tidak terbatas, maka jarak bukanlah penghalang bagi-Nya. Pernah sekali, sewaktu Daniel memohon bantuan Yehuwa, satu malaikat muncul di hadapannya bahkan sebelum dia selesai berdoa! Daniel 920-23 Sememangnya tiada apa-apa yang dapat menghalang Yehuwa daripada membantu umat-Nya.​—Mazmur 1186. Adakah Kuasa Yehuwa Membuat-Nya Mustahil Dihampiri? 17. Haruskah kita berasa takut kepada Tuhan kerana Dia sangat berkuasa? 17 Haruskah hakikat bahawa Tuhan sangat berkuasa membuat kita takut kepada-Nya? Kita harus menjawab “ya” dan “tidak.” “Ya” kerana kita menghormati-Nya dan takut untuk menyakiti hati-Nya. Bible memberitahu kita bahawa rasa takut sebegitu ialah “langkah pertama untuk menjadi bijaksana.” Mazmur 11110 Kita juga menjawab “tidak” kerana kuasa Tuhan tidak membuat kita berasa bahawa Dia menakutkan atau sukar didekati. 18. a Mengapakah banyak orang tidak mempercayai orang yang berkuasa? b Bagaimanakah kita tahu bahawa adalah mustahil bagi Yehuwa untuk menyalahgunakan kuasa-Nya? 18 Pada tahun 1887, seorang bangsawan Inggeris yang bernama Lord Acton menulis bahawa manusia yang memegang kuasa cenderung menjadi kejam, zalim, dan suka menindas. Pernyataannya terbukti benar sepanjang sejarah manusia kerana manusia yang tidak sempurna sering menyalahgunakan kuasa. Pengkhutbah 41; 89 Oleh itu, banyak orang tidak mempercayai orang yang berkuasa dan bahkan menjauhi mereka. Memandangkan Yehuwa memiliki kuasa mutlak, pernahkah Dia menyalahgunakan kuasa-Nya? Tidak! Dia suci, maka adalah mustahil bagi Yehuwa untuk menyalahgunakan kuasa-Nya. 19, 20. a Yehuwa selalu menggunakan kuasa-Nya selaras dengan sifat-sifat apa? Mengapakah hal ini melegakan hati kita? b Berikan satu contoh untuk menunjukkan bagaimana Yehuwa memperlihatkan kawalan diri. Mengapakah hal ini menarik bagi anda? 19 Ingatlah, kuasa bukanlah satu-satunya sifat Yehuwa. Kita belum mempelajari tentang keadilan, kebijaksanaan, dan kasih Yehuwa. Maka kita tidak patut membuat andaian bahawa Yehuwa hanya dapat memperlihatkan satu sifat pada satu masa. Sebenarnya, Yehuwa selalu menggunakan kuasa-Nya selaras dengan keadilan, kebijaksanaan, dan kasih-Nya. Yehuwa mempunyai satu lagi sifat yang jarang diperlihatkan oleh para penguasa dunia, iaitu kawalan diri. 20 Bayangkan bahawa anda bertemu dengan seorang lelaki yang berbadan besar dan berkuasa. Tetapi beberapa lama kemudian, anda sedar bahawa dia lemah lembut dan baik hati. Dia tidak pernah menyalahgunakan kuasanya. Sebaliknya dia sentiasa bersedia menggunakan kuasanya untuk membantu dan melindungi orang yang lemah dan tidak berdaya. Meskipun dia difitnah tanpa sebab, dia tetap tenang dan baik hati. Seraya anda mengenalinya, anda pasti mula berasa dekat dengannya. Sebenarnya, kita mempunyai sebab yang lebih kukuh untuk menghampiri Yehuwa. Pertimbangkan ayat Bible yang menjadi dasar tajuk bab ini “Yehuwa tidak cepat murka walaupun Dia amat berkuasa.” Nahum 13 Ya, Yehuwa tidak menggunakan kuasa-Nya secara membabi buta, bahkan terhadap orang yang jahat. Dia lemah lembut, baik, dan menahan kemurkaan-Nya meskipun orang memberontak terhadap-Nya.​—Mazmur 7837-41. 21. Mengapakah Yehuwa tidak memaksa orang untuk melakukan kehendak-Nya, dan apakah yang dapat kita pelajari tentang Yehuwa daripada hal ini? 21 Mari kita berfikir tentang kawalan diri Yehuwa dari sudut pandangan lain. Jika anda mempunyai kuasa mutlak, tidakkah anda akan tergoda untuk membuat orang lain menurut keinginan anda? Meskipun Yehuwa mempunyai kuasa mutlak dan Dia tahu bahawa kita hanya dapat meraih kehidupan kekal dengan berkhidmat kepada-Nya, Dia tidak pernah memaksa kita untuk menyembah-Nya. Dia mengurniakan kebebasan untuk memilih kepada kita. Dia juga memberitahu kita kesan baik dan kesan buruk pilihan kita. Ulangan 3019, 20 Yehuwa sama sekali tidak mahu kita berkhidmat kepada-Nya kerana terpaksa berbuat demikian atau kerana rasa takut yang tidak wajar terhadap-Nya. Dia mencari orang yang rela menyembah-Nya kerana didorong oleh kasih.​—2 Korintus 97. 22, 23. a Bagaimanakah kita tahu bahawa Yehuwa suka memberikan kuasa kepada orang lain? b Apakah yang akan dibincangkan dalam bab yang seterusnya? 22 Mari kita melihat sebab terakhir kita tidak patut mempunyai rasa takut yang tidak wajar terhadap Tuhan. Manusia yang berkuasa tidak suka mengongsi kuasa mereka dengan orang lain. Tetapi Yehuwa suka memberikan kuasa-Nya kepada para penyembah-Nya yang setia. Dia memberikan kekuasaan yang besar kepada makhluk lain, contohnya kepada Anak-Nya. Matius 2818 Yehuwa juga memberikan kuasa kepada hamba-Nya melalui cara yang lain. Bible memberitahu kita, “Ya Yehuwa, Engkaulah Tuhan yang agung, perkasa, mulia, unggul, dan mengagumkan! Segala sesuatu di langit dan di bumi ialah milik-Mu. . . . Engkau memiliki kuasa dan kekuatan, dan dapat membuat sesiapa sahaja menjadi orang kuat.”​—1 Tawarikh 2911, 12. 23 Ya, Yehuwa rela memberikan kekuatan kepada umat-Nya. Dia bahkan memberikan “kuasa luar biasa” kepada orang yang mahu menyembah-Nya. 2 Korintus 47 Tidakkah anda tertarik untuk menyembah Tuhan yang menggunakan kuasa-Nya dengan sempurna? Dalam bab yang seterusnya, kita akan melihat bagaimana Yehuwa menggunakan kuasa-Nya untuk menciptakan segala sesuatu.

kuasa tuhan terbukti melalui kisah